Berang disuruh diam, anak pukul ibu

Berang disuruh diam, anak pukul ibu

JEMPOL: Seorang wanita menjadi mangsa dipukul anak lelakinya yang berang ditegur kerana membuat bising di sebuah rumah di Bahau di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata kejadian jam 5.30 pagi itu menyebabkan wanita berusia 51 tahun berkenaan cedera di bahu kiri akibat ditumbuk dua kali dan menerima rawatan di Hospital Jempol.

Katanya, suspek berusia 25 tahun yang di bawah pengaruh alkohol itu memarahi mangsa kerana ditegur sebelum menumbuk bahu, menarik rambut dan menolak ibunya sehingga jatuh.

“Mangsa menegur anaknya supaya tidak membuat bising dan menyuruhnya tidur tetapi tindakan itu menyebabkan suspek naik berang.

“Suspek tidak berkerja manakala mangsa adalah tukang jahit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Chang Hook berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini manakala kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT). BH

Berang disuruh diam, anak pukul ibu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker