3 ADUN Warisan keluar parti

e

3 ADUN Warisan keluar parti

Tiga ADUN Warisan mengumumkan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas.

Mohammad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor), dan Norazlina Arif (Kunak) mengumumkan mereka menyokong pentadbiran Hajiji Noor, lapor Astro Awani.

Menerusi satu kenyataan bersama, ketiga-tiga mereka menyatakan mengambil keputusan itu dengan harapan dapat meneruskan khidmat yang baik kepada rakyat di kawasan masing-masing.

“Setelah memperhalusi pelbagai aspek dari segenap sudut pertimbangan termasuklah selepas mengambil kira hala tuju gabungan parti dan pandangan akar umbi di kawasan yang kami wakili, maka kami dengan ini mengisytiharkan keluar WARISAN.

“Dengan ini, kami memilih berkhidmat sebagai ADUN Bebas serta menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah dengan harapan agar kami dapat meneruskan khidmat baik kepada masyarakat yang kami wakili,” kata kenyataan itu.

Ketiga-tiga ADUN terbabit juga mengucapkan jutaan terima kasih dan memohon kemaafan kepada Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, rakan serta penyokong parti berkenaan.

Serentak pengumuman itu juga, mereka bertiga melepaskan semua jawatan dalam parti sama ada di peringkat bahagian atau di peringkat Ahli Majlis Tertinggi.

“Kami berpandangan sudah tiba masanya polemik politik dan juga sebarang tindakan untuk mewujudkan ketidakstabilan kepada kerajaan dihentikan kerana ia memberi kesan kepada usaha membangunkan negeri dan rakyat.

3 ADUN Warisan keluar parti

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker