Lagi ‘Si Bulus’ Diselamatkan Bomba Dari Pokok Ketinggian Empat Meter

Lagi ‘Si Bulus’ Diselamatkan Bomba Dari Pokok Ketinggian Empat Meter

KAMPAR: Jika minggu lalu, seekor kucing diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap di atas pokok sena, hari ini, seekor lagi ‘si bulus’ diselamatkan dari atas pokok yang tinggi.

Dalam kejadian di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Batu Putih, dekat sini, khidmat bomba diperlukan untuk menurunkan seekor kucing dari atas pokok kelapa yang tingginya kira-kira empat meter (12 kaki).

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.09 pagi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati seekor kucing jantan berada di atas sebatang pokok kelapa pada ketinggian 12 kaki,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, anggota bomba menggunakan tangga jentera untuk menurunkan kucing berkenaan sebelum diserahkan kepada pemiliknya.

Ahad lalu, bomba menyelamatkan dan menurunkan seekor kucing jalanan yang sudah berada di atas sebatang pokok sena selama dua hari, berdekatan Kampung Tersusun Sungai Buluh, Sungai Siput.

Difahamkan kehadiran ‘si bulus’ di atas pokok berketinggian empat meter itu disedari orang awam yang kebetulan berada di kawasan tersebut.-AA

Lagi ‘Si Bulus’ Diselamatkan Bomba Dari Pokok Ketinggian Empat Meter

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker