Punca penceraian Aziz M Osman

Punca penceraian Aziz M Osman

Bekas isteri pengarah filem Aziz M Osman, Puteri Lily Osman, 32, mendedahkan, mereka kini berkawan baik selepas bercerai, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Puteri Lily berkata, dia tidak nampak sinar bakal bersatu sebagai pasangan suami isteri.



Menerusi program hiburan, Melodi, semalam, Puteri Lily berkata, mereka sudah berusaha sehabis baik untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak 13 tahun lalu, namun menemui jalan buntu dan perpisahan adalah jalan terbaik.

“Tiada orang nak bercerai, semua orang yang melalui perceraian akan berada pada fasa terendah dalam hidup.

“Bila tiada persefahaman, lebih baik kita berpisah secara baik. Saya pun tak sangka akan dengar perkataan talak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Masya Masyitah kena serang dengan netizen, apa pulak kali ni?




“Kami lakukan ini demi anak-anak. Kalau ibu bapa ada konflik pun tak baik untuk anak-anak terutama kesihatan mental.

“Alhamdulillah, kami pun tenang selepas bercerai cara baik. Ini adalah yang terbaik, anak-anak pun okay dan terima dengan berlapang dada,” katanya.

Memilih menyimpan kemas punca keretakan rumah tangga, Puteri Lily berkata, mereka sudah tidak nampak jalan penyelesaian dan menyifatkan ia sudah sampai pada kemuncaknya.



Tambah Puteri Lily, walaupun anak-anak menerima perpisahan dengan hati terbuka, namun tiada anak-anak yang ingin melihatkan perpisahan ibu bapa.

Namun, katanya, dia cukup mengagumi anak sulungnya, Puteri Nur Azzahra, 12, yang matang dan tenang terima perpisahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bayar duit saya – Nasha Aziz




“Perceraian sukar buat kanak-kanak berusia 12 tahun, tetapi Puteri Nur Azzahra sangat matang.

“Malah, Puteri Nur Azzahra siap cakap tak mahu pentingkan diri. Jika perpisahan adalah terbaik, teruskan.

“Saya beritahu Aziz apa yang dikatakan Puteri Nur Azzahra dan dia terkejut. Ini kerana anak sekecil itu boleh cakap sedemikian. Mungkin Puteri Nur Azzahra nampak apa yang jadi selama ini,” katanya.

Katanya, mungkin mereka gagal sebagai pasangan, tetapi mereka kini bersahabat baik demi anak-anak.



Puteri Lily berkata, dia dan Aziz sudah berjanji kepada anak-anak untuk tidak memburukkan satu sama lain kerana mereka sedang membesar di samping enggan mengganggu emosi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Didie Alias buka mulut mengenai buka aib Enot


“Anak-anak sedang membesar, jadi saya tak nak emosi mereka terganggu. Saya tak nak orang bercakap pasal mak ayah mereka dan tidak mahu mereka baca benda negatif.



“Soal hak penjagaan anak kami sudah bincang dengan baik. Jika Aziz kerja, saya akan jaga anak-anak, begitu jugalah sebaliknya.

“Lagipun, kami tinggal berdekatan. Saya takkan masuk mahkamah untuk benda seperti ini,” katanya.

Menurut Puteri Lily, bukan hanya orang luar, malah ibu bapanya sendiri turut terkejut dengan perpisahan mereka.

“Orang luar tak tahu sebab kami tak tunjuk. Ibu bapa saya hanya tahu bila saya dan Aziz sudah sah bercerai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa lagi kau nak – Adibah bingung Rosland teruskan tuntutan nusyuz


“Semua orang tak sangka saya dan Aziz akan bercerai. Keluarga tentulah sedih, tetapi kami sudah janji dengan anak-anak untuk menjaga mereka dengan baik,” katanya.

Selain Puteri Nur Azzahra, pasangan itu turut memiliki seorang lagi cahaya mata, Putera Muhamad Aryan, 5.

Biarpun sudah tidak lagi bergelar suami isteri, kata Puteri Lily, dia masih lagi menguruskan syarikat bersama.

“Saya masih uruskan syarikat dengan Aziz dan masih uruskan kehidupannya. Cuma, kami tidak boleh lagi bersama, namun saya masih menghormati Aziz sebagai bapa kepada anak-anak saya.

“Saya kini selesa menjadi ibu tunggal dan berkawan baik pada Aziz dan uruskan syarikat bersamanya,” katanya.

Aziz dan Puteri Lily mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010. Ini adalah pernikahan yang keempat buat Aziz. BH

Punca penceraian Aziz M Osman


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Puteri Lily buka mulut akhirnya

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk

Kamal Adli takut buka media sosial

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Bikini Amy Nur Tinie bikin panas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker