Menguap batalkan solat?

Menguap batalkan solat?

Ketika mendirikan solat subuh, ada ketikanya kita tidak lari dari menghadapi situasi ini. Ya! Menguap ketika solat, itulah situasi yang sering dialami oleh sesiapa sahaja. Lebih parah lagi, situasi ini lazimnya berlaku apabila solat subuh berjamaah tatkala imam membaca surah yang panjang.

Menguap ketika solat hukumnya lebih makruh berbanding dalam keadaan biasa. Perbuatan tersebut menunjukkan seolah-olah kita tidak mengambil berat dan tidak fokus terhadap bacaan dalam solat.



Malah, sekiranya menguap sehingga menghasilkan bunyi yang pelbagai atau ketika bacaan rukun qawli hingga merosakkan bacaan maka ia boleh menyebabkan batal solatnya.

Apabila menguap, secara langsung bacaan akan terganggu dan sekali gus kita tidak dapat memusatkan bacaan kita dengan makna bacaan serta tajwidnya sekali.

Dalam solat, makna bacaan memainkan peranan penting dalam mendapatkan khusyuk. Sebagaimana yang didefinisikan oleh sesetengah ulama, khusyuk dalam solat merupakan satu perasaan takut sebagaimana seolah-olah kita sedang berdiri di hadapan Allah S.W.T.

Justeru, untuk mendapatkan solat yang khusyuk, seseorang itu perlu melakukannya dengan seikhlas hati iaitu kerana Allah tanpa terbit secalit keraguan. Malah, solat yang dilakukan, perlu berlandaskan apa yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. dan sebagaimana perlakuan Rasulullah.



Selain itu, seseorang perlu memahami setiap maksud bacaan ayat suci yang dibacakan serta makhraj huruf yang tepat terutama yang berkait dengan rukun qawli. Dengan cara itu, seseorang dapat menjiwai dan menghayati olahan ayat suci yang dibaca.

Secara tidak langsung, ia menimbulkan rasa insaf dalam diri. Apatah lagi ketika solat, inilah waktu seorang hamba sedang berinteraksi dengan Tuhannya. Malah cara terbaik untuk memahaminya adalah dengan belajar bahasa Arab.

Tidak mampu tahan menguap

Persoalan lain, bagaimana keadaannya jika kita tidak mampu untuk menahan menguap ketika solat. Apa yang perlu dilakukan ketika itu?



Tutuplah mulut dengan tangan, jika tidak dapat menahan mulut daripada terbuka ketika menguap.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda,

“Menguap dalam solat adalah dayang daripada syaitan. Jika seseorang kamu menguap maka hendaklah ia berusaha menahannya (dari membuka mulut lebar).” (HR Tirmidzi & Muslim)

Dan seeloknya juga, hentikan bacaan ketika sedang menguap. Usai menguap barulah sambung kembali bacaannya.



Jelas sekali, Islam menyuruh umatnya menahan menguap ketika solat kerana itu adalah gangguan daripada syaitan yang sentiasa berusaha ingin menyesatkan manusia. Tidak kira menahan dengan menggunakan geraham mulut ataupun menggunakan tangan.

Jika kita mampu menahan dengan geraham mulut, bermakna menguap itu masih belum sempurna. Sekali gus masih mampu menahan syaitan daripada masuk ke dalam mulut. Berbeza jika mulut terbuka luas, barulah ia dinamakan menguap. Utv

Menguap batalkan solat?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk

Kamal Adli takut buka media sosial



Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Bikini Amy Nur Tinie bikin panas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker