Nabil terkejut Syafiq Kyle batal nikah dengan Mimi Lana

Nabil terkejut Syafiq Kyle batal nikah dengan Mimi Lana

Pelakon Nabil Aqil mengakui terkejut sewaktu menerima berita pembatalan majlis pernikahan bapa saudaranya, aktor Syafiq Kyle dengan aktres Mimi Lana.

Menurut Nabil atau Mohammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin, 25, dia mengetahui berita berkenaan menerusi pemberitahuan dalam group WhatsApp keluarga.



“Masa tahu tentang pembatalan majlis pernikahan itu memang saya sangat terkejut, seperti tidak percaya pun ada kerana tarikh18 haribulan (tarikh pernikahan) sudah dekat,” kata Nabil.

Nabil yang ditemui pada penggambaran drama Hawt Fellas di DXN Cyberville di sini sebentar tadi bagaimanapun menghormati pendirian keluarga Syafiq Kyle yang masih berdiam diri atas keputusan pembatalan majlis pernikahan tersebut.

“Saya dan keluarga memilih untuk tidak bertanya sebab kita faham keadaan walaupun tidak tahu sebab apa majlis tersebut dibatalkan,” ujar bekas finalis Hero Remaja 2017 itu.

Dalam pada itu, Nabil mendedahkan dia cukup menyenangi keperibadian Mimi Lana yang sudah dianggap seperti sebahagian keluarganya.



“Saya dan Mimi tidaklah begitu rapat cuma sudah anggap seperti mak cik saya sendiri. Dia seorang yang sangat ‘chill’ dan terasa seperti sebaya saya,” tutur Nabil.

Sehingga kini, Syafiq mahupun Mimi masih berdiam diri berhubung punca pembatalan majlis pernikahan mereka.

Terdahulu, berita pembatalan majlis pernikahan pasangan popular, Syafiq Kyle dan Mimi Lana mengejutkan banyak pihak kerana majlis sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos ini.

Pembatalan tersebut dimaklumkan wakil syarikat pengurusan aktres berkenaan, Iman Tang menerusi mesej kepada tetamu berkenaan majlis yang dijadualkan diadakan di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.



Sebelum ini, hubungan antara dua personaliti popular itu pernah terlerai pada Mei 2020 selepas lima tahun bercinta namun kembali bertaut selepas itu. K Online

Nabil terkejut Syafiq Kyle batal nikah dengan Mimi Lana

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker