Tanya pun salah – Nabila Huda

Nabila tidak melihat status selebriti sebagai penghalang hak kebebasan bersuara.

Tanya pun salah – Nabila Huda

Tanpa diduga, komen ditulis aktres Nabila Huda, 39, dalam portal hiburan bertanyakan siapakah gerangan si gadis bernama Masya Masyitah yang tular menerusi kisah buka tudung mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Susulan pertanyaan jujur Nabila berbunyi ‘Masya Masyitah ni siapa pulak?’ dan disertai dengan emoji ketawa di ruangan komen yang memaparkan berita sensasi itu, ramai yang terhibur dengan sikap selamba aktres serba boleh itu.



Enggan disalah anggap, Nabila tanpa berselindung menjelaskan, dia tidak mengenali Masya dan pertanyaan dibuat adalah atas dasar ingin tahu, bukannya mahu memperlekehkan penyanyi remaja itu seperti disangka ramai.

“Sumpah, saya memang tak tahu. Saya juga bukan jenis suka carut atau persendakan orang. Saya tak tengok media sosial langsung dan tak baca berita.

“Apa yang dilihat dalam Instagram (IG), itulah hidup saya. Bila di rumah, dunia saya hanyalah kucing, masak, anak dan suami.

“Saya memang tak tahu perkembangan terkini yang berlaku. Jadi, bila saya ternampak berita Masya buka tudung, saya tertanya-tanya, siapa Masya Masyitah ini?



“Kenapa pula saya tak tahu pasal dia. Jadi, saya tulislah pertanyaan dalam ruangan komen berita berkenaan,” katanya kepada BH Online.

Baru-baru ini, Masya atau nama lengkapnya, Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff mengejutkan ramai pihak selepas memuat naik beberapa foto tidak berhijab dalam IG dengan imej baharu seperti ‘barbie’.

Tindakan penyanyi yang mula meledak menerusi lagu Mawar Terbiar itu mendapat kecaman warga maya sehingga ada yang sepakat enggan lagi mengikuti penyanyi berusia 23 tahun itu dalam media sosial.

Dalam perkembangan berkaitan, pemilik nama lengkap Nabila Huda Suhaimi ini juga tidak menyangka komen jujur yang ditulisnya dijadikan bahan berita hingga tular.



“Jujurnya, saya terus lupa dan teruskan hidup seperti biasa selepas tulis komen. Tetapi, saya rasa tak sedap hati apabila ada teman beritahu, komen saya menjadi tajuk berita dalam portal dan blog hiburan.

“Niat saya hanya untuk bertanya dan tak ada maksud lain. Saya cuma nak tahu siapa Masya dan latar belakangnya, itu sahaja,” ungkap anak kepada penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search ini.

Mengulas kewajaran tindakannya menulis komen yang boleh mengundang sensasi, Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-28 ini tidak melihat status sebagai selebriti sebagai penghalang hak kebebasan bersuara.

“Saya juga orang biasa dan berhak untuk komen atau cakap apa-apa sahaja. Tetapi, bukan cakap benda-benda buruk.



“Kadang-kadang bila saya komen sesuatu dalam mana-mana blog, ada ramai yang akan tolong jawab.

“Selalunya, saya terima antara 25 hingga 30 komen. Segala maklumat saya akan dapat dalam komen balas.

“Jadi, saya tak payahlah nak tanya rakan lain. Kita cuma baca sahaja di situ,” ungkapnya ketika ditemui pada majlis Tayangan Gala filem Rahsia yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini. BH

Tanya pun salah – Nabila Huda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis



Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker