Syahir jahil! Lukakan hati masyarakat Siam beragama Buddha

Syahir lukakan hati masyarakat Siam beragama Buddha

Masyarakat Siam yang beragama Buddha kesal dan mengecam kenyataan dibuat Ahli Parlimen Bachok, Mohd. Syahir Sulaiman berkaitan agama itu dalam satu rancangan debat di sebuah stesen penyiaran malam tadi.

Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Siam, Datuk Seri Boon Som Inong berkata, Mohd. Syahir sebagai ahli panel dalam rancangan tersebut membuat kenyataan bahawa sami Buddha menyebut minum arak dibolehkan dalam agama Buddha.



“Kenyataan itu tidak benar sama sekali kerana larangan minum arak antara ajaran dasar moral agama Buddha. Kami seluruh masyarakat Siam yang beragama Buddha kesal dan mengecam kenyataan dibuat pemimpin Pas itu serta menganggapnya keterlaluan, tidak sensitif serta tidak menghormati institusi dan agama Buddha,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Som Inong berkata, kenyataan itu telah melukakan hati dan menimbulkan kemarahan seluruh masyarakat Siam dan penganut agama Buddha di negara ini dan ia merupakan satu penghinaan kepada institusi sami dan juga penganut agama Buddha.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya mendesak Ahli Parlimen Bachok itu memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Siam dan menarik balik kenyataan tersebut.

“Jika beliau enggan berbuat demikian, kami akan membuat laporan polis terhadapnya,” jelasnya.



Katanya lagi, pihaknya berpendapat bahawa kenyataan pemimpin Pas itu sebenarnya adalah percubaan untuk mengheret institusi sami dalam kancah politik.

Katanya, institusi sami adalah neutral serta tidak mempunyai sebarang kepentingan politik dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

“Kami menyeru kepada semua parti politik di negara ini supaya memahami kedudukan dan sensitiviti ini. Mereka sepatutnya menghormati institusi sami dan tidak melakukan percubaan untuk mengheret institusi ini ke dalam kancah politik.

“Kami percaya setiap agama mengajar pengikutnya melakukan kebaikan dan menghindari daripada melakukan kemungkaran. Setiap agama melarang pengikutnya menghina, mencaci, memfitnah, memaki hamun dan mencarut,” ujarnya.



Tambahnya, pihaknya juga menyeru supaya seluruh rakyat mengamalkan sikap saling memahami dan menghormati antara satu sama lain kerana ia asas kepada perpaduan masyarakat dalam negara berbilang kaum dan bangsa seperti Malaysia.

“Kami berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan keharmonian serta ketenteraman dalam kalangan masyarakat,” katanya. K Online

Syahir lukakan hati masyarakat Siam beragama Buddha

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis

Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker