Sanusi nak berbaik dengan Pusat

Sanusi nak berbaik dengan Pusat

Sanusi Nor berkata beliau sedia membuka lembaran baru dengan kerajaan persekutuan selepas mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah bagi penggal kedua hari ini.

Beliau berkata, fokus utamanya kini adalah melaksanakan hasrat rakyat dan tidak sama sekali mencampur aduk urusan peribadi dengan pentadbiran negeri.



“Saya sedia untuk membuka lembaran baru, kalau mereka pun sedia Alhamdulillah…kalau mereka masih menyimpan dalam hati saya tidak tahulah.

“Mana boleh simpan dalam hati urusan pemerintahan, hal hati tak boleh bawa kena simpan dalam peti,” kata Adun Jeneri itu pada sidang media selepas mengangkat sumpah jawatan menteri besar di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Sanusi berkata, ia termasuk beberapa kes mahkamah yang sedang dihadapinya dan memaklumkan, semuanya akan diteruskan mengikut prosedur undang-undang.

“Itu hal saya, tak campur dengan pentadbiran…saya hadaplah, apa lagi,” katanya.



Sementara itu, ditanya mengenai keserasian antara Bersatu dan PAS, Sanusi berkata setakat ini tiada masalah dan isu Bersatu menuntut kerusi di Kedah juga tidak wujud.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan mesyuarat berhubung lantikan 10 exco, yang menurutnya akan ada lantikan baru dan ada dikekalkan.

“Akan ada kekalkan exco yang lama…kita akan cuba selesaikan dalam minggu ini,” katanya.

Sanusi dilantik semula ke jawatan itu selepas PN mendapat kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi DUN pada PRN Sabtu lalu.



Timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu berjaya mempertahankan kerusi DUN Jeneri disandangnya, selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Muhamad Khizri Abu Kassim dengan majoriti 16,050 undi. FMT

Sanusi nak berbaik dengan Pusat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker