Dikapak bekas suami kekasih, lelaki parah

Dikapak bekas suami kekasih, lelaki parah

KOTA KINABALU: Seorang lelaki parah selepas ditetak dengan kapak oleh bekas suami teman wanitanya di berhampiran Menara Kinabalu, di sini, kelmarin dipercayai akibat cemburu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 37 tahun luka di muka, tangan dan kaki hingga ibu jari kaki kanan hampir putus.



Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa bersama teman wanitanya berusia 30 tahun sedang makan di dalam kereta di kawasan berkenaan.

Katanya, tiga lelaki termasuk suspek yang juga bekas suami wanita berkenaan kemudian menghampiri mangsa sebelum menyerang menggunakan sebilah kapak.

“Mangsa ditetak guna kapak di dalam kereta berkali-kali oleh bekas suami teman wanitanya hingga cedera di muka, tangan dan kaki.

“Mangsa dan teman wanitanya berjaya menyelamatkan diri lalu ke Balai Polis Alam Mesra,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Mohd Zaidi berkata, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala teman wanitanya tidak cedera.

“Motif serangan berkenaan dipercayai akibat rasa cemburu dan kes disiasat mengikuti Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata,” katanya.

Berikutan itu, katanya, polis mencari tiga lelaki yang dikenali sebagai Winhal Jalali, 37 dan Abdel Jalali, 27, serta seorang lagi yang belum dikenali bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Mohd Zaidi berkata, polis meminta pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau individu yang dikehendaki untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Muhammad Khaidir Zakaria di talian 014-8019618.



Difahamkan, wanita itu berkahwin adat kampung dengan suspek pada 2015 dan mereka kemudian bercerai sebulan lalu dan wanita mengenali mangsa sejak enam bulan sebelum menjalinkan hubungan sejak dua minggu lalu. BH

Dikapak bekas suami kekasih, lelaki parah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Duit Dini Schatzmann habis

Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker