Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Kekasih pelakon, Sharnaaz Ahmad iaitu Amelia Christie berkongsi momen awal perkenalan mereka.

Amelia mendedahkannya menerusi siaran langsung di TikTok ketika menjawab soalan netizen.



Katanya, dia dan Sharnaaz bertemu ketika penggambaran bersama.

“Kami ‘terkenal’ (tidak sengaja), Tuhan takdirkan kami berjumpa.

“Kami bertemu ketika penggambaran. Itu sahaja tidak ada apa-apa pun.

“Kenal sebagai kawan dan kenal hati budi. Sekarang pun masih kenal hati budi. Sharnaaz orangnya macam mana, saya pula orangnya macam mana,” tuturnya.



Sementara itu, Amelia turut menceritakan mengenai keperibadian Sharnaaz yang dikatakan lelaki tegas.

“Sharnaaz seorang yang sangat tegas,” katanya lagi.

Pasangan ini membuat kemunculan pertama sebagai pasangan kekasih ketika malam gala Polis Evo 3.

Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada usahawan popular, Neelofa iaitu Noor Nabila pada Mac 2017, namun bercerai pada Julai 2020.



Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Jebat Jayden, 6. BH

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker