Laluan menuju ke 6 negeri PRN mulai sesak

Laluan menuju ke 6 negeri PRN mulai sesak

Beberapa laluan menuju ke enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) esok, mulai sesak sejak pukul 3 petang tadi.

Ia termasuk beberapa lebuh raya utama seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE).



Aliran trafik di beberapa laluan menghala ke Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu dilaporkan sesak dan perlahan ekoran orang ramai bergerak pulang ke kampung masing-masing untuk mengundi.

Menerusi laporan trafik oleh Lembaga Lebuhraya (LLM) di Facebook, kenderaan bergerak perlahan dari Juru Auto City ke Perai dan Kuala Kangsar ke Bukit Berapit (kawasan mendaki) melibatkan laluan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara.

Selain itu, di Lebuh Raya NKVE, aliran trafik juga perlahan dari Bukit Lanjan ke Damansara serta Subang ke Damansara dan Shah Alam, ketika ini.

“Aliran trafik semakin meningkat dan perlahan di Lebuh Raya KLK melibatkan hentian rawat dan rehat (R&R) Genting Sempah ke Genting Sempah arah Kuala Lumpur,” katanya.



Dalam pada itu, LLM turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu dan merancang perjalanan pulang ke kampung dengan selamat sempena hari mengundi esok. K Online

Laluan menuju ke 6 negeri PRN mulai sesak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker