Sebab UMNO kalah teruk

Sebab UMNO kalah teruk

Oleh Muhammad Farhan

Pertama sekali, ia adalah kerana tiada kesetiaan kepada parti di kalangan ahli parti itu sendiri.



Ahli parti lebih setia kepada Ketua berbanding parti.

Ambil contoh parti lain, sekiranya parti membuat ketetapan sesuatu perkara, maka semua akan patuh dan melaksanakannya.

Tetapi dalam UMNO, kesetiaan hanya kepada pemimpin yang diikuti mereka.

Parti lain letak sahaja siapa saja calon, seluruh jentera dan Ahli bergabung memastikan kemenangan calon tersebut. Tetapi tidak dengan UMNO.



Kedua, pemimpin-pemimpin UMNO pula bukan semua, terdiri dari kalangan yang tidak mengambil peduli apa yang ahli serta rakyat mahukan. Mereka juga ada agenda masing-masing.

Parti di letak di belakang, dan masing-masing ada kepentingan dan agenda tersendiri.

Tiada perpaduan di kalangan pemimpin bila parti membuat sesuatu ketetapan.

Maka yang perlu di salahkan adalah semua bukan sesetengah pihak sahaja.



Ketiga adalah kelemahan jentera serta sayap UMNO untuk kempen secara bersungguh-sungguh.

Setelah tamat PAU 2023 apa yang telah dilaksanakan oleh MT dan sayap-sayap UMNO?

Jangan asyik hentam presiden sahaja dan diri sendiri tidak membawa sebarang hasil kepada parti.

Buatlah program dari sekarang. Dekati hati rakyat dan turun padang sentiasa. Bukan hanya tunjuk hero dengan keluarkan kenyataan sahaja.



Pernah kita lihat parti politik lain sibuk hentam presiden sahaja, tiada. Hanya UMNO suka tembak kaki sendiri sentiasa. Jangan tembak sampai mati terus. Sekarang pun sudah cedera parah. Rawatlah luka dan kembali ke medan perang dengan semangat baru.

Ahli UMNO jangan risau dengan hubungan UMNO dengan DAP. Apa beza DAP dengan MCA, MIC atau GERAKAN?
Semua sama sahaja.

Dengan adanya UMNO dalam kerajaan perpaduan, DAP juga telah ‘slow down’ dan mereka juga tidak membuat tuntutan yang bukan-bukan. Pada masa sama UMNO tidak pernah berkompromi dengan perkara-perkara yang melibatkan agama, bangsa dan negara.

Justeru sekarang tiba masa untuk berganding tangan dan bahu, fokus untuk masa depan.



UMNO ada 4 tahun untuk bangkit semula. JANGAN LEKA.

Sebab UMNO kalah teruk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker