Kamal Adli takut buka media sosial
Kamal Adli takut buka media sosial
Pelakon Kamal Adli mendedahkan takut untuk membuka sebarang aplikasi media sosial melainkan atas urusan kerja selepas insiden serangan individu tidak dikenali di Singapura, Mac lalu.
Masih trauma dengan kejadian itu, dia juga kurang berkongsi perihal kehidupan peribadi kerana bimbang terus menjadi sasaran perkara tidak diingini.
“Selepas apa yang jadi, saya kurang minat dengan media sosial. Kalau tengok semua platform media sosial saya, jarang ada hantaran baharu.
“Banyak perkara yang saya fikirkan, jadi takut dan automatik hilang mood walaupun saya tahu media sosial adalah sebahagian daripada kerja. Kejadian itu beri impak sangat besar kepada saya.
“Jauh di sudut hati saya tertanya-tanya apa salah saya? Saya tak kacau orang dan hanya buat kerja sendiri, tetap ada yang tidak puas hati,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media drama B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit, semalam.
Selain itu, pelakon berusia 37 tahun terbabit turut mengingatkan isterinya, Uqasha Senrose supaya lebih berhati-hati dan tidak terlalu berkongsi hal rumah tangga.
“Saya beritahu Uqasha supaya ‘post’ gambar dia atau kerja sahaja, tidak perlu gambar kami berdua sebab takut ada orang salah anggap sehingga terbit rasa cemburu,” jelasnya.
Menjawab isu kekecewaan Uqasha apabila disindir netizen kerana masih belum dikurniakan zuriat, Kamal mengakui menasihati isterinya supaya tidak mengendahkan kata-kata negatif itu.
“Jujurnya, saya ada minta Uqasha supaya jangan ambil kisah mulut orang sebab mereka tidak tahu cerita sebenar.
“Mereka hanya tahu menghakimi tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.
“Saya tengok netizen sekarang makin lama makin pelik. Komen yang dilontarkan kadang tak tercapai dek akal, tidak tahu apa motifnya, macam sudah makin teruk dan tidak terkawal,” luahnya.
Terdahulu, Kamal Adli cedera parah di kepala selepas dipukul dengan chota oleh seorang individu tidak dikenali di Singapore Expo Hall.
Suspek didakwa melakukan tindakan tersebut kerana cemburu Kamal menikahi Uqasha.
Kamal Adli atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli mendirikan rumah tangga dengan Uqasha pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. K Online
Kamal Adli takut buka media sosial
Baca Artikel Menarik:
- Gaji penjawat awam akan naik dalam belanjawan – Anwar
- 3 kali mandi wajib pun ada – Mohd Amar
- Tanya pun salah – Nabila Huda
- 3 ekor buaya muncul dari lantai simen
- Artis tayang hidup mewah, hutang keliling pinggang sampai rumah kena lelong
- Dikapak bekas suami kekasih, lelaki parah
- Mufti Perlis puji DAP tidak calonkan ‘buah berpenyakit’
- Anggota FRU salah faham ditempatkan di kediaman
- Isteri jutawan Dubai tayang duit, netizen yang panas
- Video bapa balas dendam, serang pengasuh taska pula tular
- Syahir jahil! Lukakan hati masyarakat Siam beragama Buddha
- AI curi kata laluan berdasarkan bunyi taip
- Rogol remaja bergilir-gilir, 5 lelaki ditahan
- Lelaki gay suka pergi gym, dakwa seorang ustaz (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati
Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin
Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal