Apa lagi kau nak – Adibah bingung Rosland teruskan tuntutan nusyuz

Apa lagi kau nak – Adibah bingung Rosland teruskan tuntutan nusyuz

Bekas madu kepada pelakon Miera Liyana, Adibah Abd Mutalib meluahkan rasa bingung apabila bekas suaminya itu, Rosland Othman tetap meneruskan tuntutan nusyuz terhadap dirinya.

Ujar Adibah, dia tidak tahu apa yang diinginkan Rosland namun bersedia membela diri kerana yakin tidak bersalah.



Saya pun tak tahu apa dia nak..Saya sedia untuk membela diri. Saya yakin saya tidak nusyuz.

Adibah berkata demikian ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Selasa bagi perbicaraan kes nusyuz yang disabitkan oleh Rosland terhadap Adibah.

Menurut peguam syarie yang mewakili Adibah, Mohd Junid berkata anak guamnya selaku defendan kes tersebut dikatakan sudah berusaha menyelesaikan tuntutan berkenaan sebelum bercerai.

Walaubagaimanapun, Rosland tetap dengan pendirian untuk meneruskan perbicaraan setelah mendakwa bekas isterinya itu tidak patuh ketika mereka masih bergelar suami isteri.



Itu hak dia untuk teruskan kes di mahkamah. Mungkin ada alasan tersendiri. Sebagai peguam, saya hanya jalankan tugas membela anak guam.
Terdahulu, Rosland dan Adibah sah bercerai talak satu pada 3 Ogos yang lalu. Dilaporkan perbicaraan tuntutan nusyuz itu akan disambung semula pada 21 dan 26 September 2023 setelah lelaki itu tidak hadir ke mahkamah.

Apa lagi kau nak – Adibah bingung Rosland teruskan tuntutan nusyuz

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur



“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker