Megat Zulkarnain pertimbang fail petisyen bantah keputusan Gombak Setia

Megat Zulkarnain pertimbang fail petisyen bantah keputusan Gombak Setia

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin mempertimbang untuk mengemukakan petisyen bagi membantah keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia yang ditandinginya.

Beliau berkata pasukannya kini meneliti segala bukti yang ada sebelum petisyen itu difailkan ke mahkamah.



“Saya ada menerima pelbagai permintaan supaya membuat petisyen di atas keputusan yang diumumkan.

“Pasukan peguam saya sedang meneliti dan mengumpul bukti untuk tujuan itu supaya dapat diberikan pertimbangan sewajarnya.

“Insya-Allah kalau diberikan keizinan oleh Allah SWT (kita akan beroleh kemenangan). Kita serahkan kepada peringkat tertinggi (mahkamah) untuk membuat keputusan,” katanya menerusi video ringkas dikongsi di TikTok hari ini.

Sabtu lalu, calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hilman Idham, diisytihar menang di DUN Gombak Setia sekali gus mempertahankan kerusi disandangnya itu dengan majoriti 58 undi.



Muhammad Hilman yang memperoleh 30,299 undi menewaskan Megat Zulkarnain dengan 30,241 undi, manakala calon Bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali menerima 1,076 undi.

Dalam pada itu, Megat Zulkarnain berkata beliau akan terus memberi khidmat sebaiknya kepada warga DUN berkenaan serta Gombak khususnya meskipun gagal menang di DUN berkenaan Sabtu lalu.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya bersama Barisan Nasional (BN) mempertimbang untuk memfailkan petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan beberapa kerusi dimenangi PN dalam PRN di Selangor.

Empat kerusi itu membabitkan DUN Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil, yang mana majoriti kemenangan adalah rendah.



Selain Gombak Setia yang merekodkan majoriti 58 undi, tiga lagi kerusi dengan majoriti rendah iaitu Dengkil (407 undi), Sungai Kandis (167) dan Taman Medan (30). BH

Megat Zulkarnain pertimbang fail petisyen bantah keputusan Gombak Setia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sebab UMNO kalah teruk

Kamal Adli takut buka media sosial



Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Bikini Amy Nur Tinie bikin panas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker