Kertas undi tidak dikembalikan di Sg Kandis, PH buat laporan polis

Kertas undi tidak dikembalikan di Sg Kandis, PH buat laporan polis

Jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) Sungai Kandis membuat laporan polis di IPD Shah Alam kerana mendakwa meragui kiraan undi yang menyaksikanya calonnya Mohd Zawawi Ahmad Mughni tumpas dengan majoriti 167 undi.

Shaari Abdul Malik mewakili Zawawi mendakwa, mereka mendapati berlaku keraguan di pusat mengundi DUN itu, termasuk isu 1,964 undi yang tidak dikembalikan.



“Biarpun kita kalah dengan hanya 167 undi, perkara itu dianggap keraguan besar kerana semua undi dinyatakan tidak dimasukkan dalam peti undi.

“Kita ada membuat bantahan namun kurang dilayan dan perlu membuat laporan polis serta petisyen bagi tindakan lanjut,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) mempertimbang memfailkan petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan beberapa kerusi yang dimenangi Perikatan Nasional (PN), pada PRN Selangor.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya DUN Sungai Kandis, Syaril Showkat Ali, berkata pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan mengharapkan siasatan dilakukan.



Katanya, pihaknya juga sudah mendapatkan nasihat pengamal undang-undang bagi membuat laporan polis mengenai isu tersebut dan akan membuat tindakan susulan dengan petisyen di mahkamah.

Saingan tiga penjuru kerusi itu dimenangi calon PN, Wan Dzahanurin Ahmad selepas memperoleh 28,926 undi menewaskan Zawawi (28,759 undi), dan Afriena Shaqira Sariff dari Muda (1,341 undi). FMT

Kertas undi tidak dikembalikan di Sg Kandis, PH buat laporan polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk

Kamal Adli takut buka media sosial



Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Bikini Amy Nur Tinie bikin panas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker