Kena belasah sebab berkawan dengan awek orang

Kena belasah sebab berkawan dengan awek orang

JOHOR BAHRU: Polis menahan tujuh remaja termasuk seorang warga asing berusia 14 hingga 17 tahun dipercayai terlibat kes pukul pelajar sekolah di Taman Bistari Indah, di sini.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata tujuh remaja yang masih bersekolah itu, ditahan pada jam 5.30 petang hingga 9.34 malam tadi di enam lokasi berbeza di daerah ini.



Beliau berkata terdahulu, pihaknya menerima laporan daripada seorang remaja berusia 15 tahun dipercayai mangsa pukul kira-kira 4.09 petang, hari yang sama.

“Pengadu dipercayai dipukul, ditendang, dipijak, disepak dan ditumbuk oleh suspek sehingga mengakibatkan kecederaan dan lebam di bahagian lengan kiri dan kanan, bengkak di bahagian peha kanan dan mengalami kesakitan di keseluruhan tubuh badan.

“Hasil siasatan kejadian berlaku pada 3 petang (9 Ogos) dan dipercayai punca kejadian adalah rasa tidak puas hati oleh suspek utama yang berusia 15 tahun, setelah mangsa berkawan dengan kekasihnya,” katanya dalam kenyataan.

Raub berkata hasil serbuan pihaknya turut merampas sehelai jersi berwarna biru, tiga helai t-shirt lengan panjang biru gelap, sehelai t-shirt lengan pendek warna hitam dan telefon bimbit.



“Enam suspek bersekolah di sekolah yang sama kecuali suspek utama dan mereka ini akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya,” katanya.

Semalam, tular video berdurasi 59 saat di Facebook menunjukkan seorang pelajar lelaki dipukul sekumpulan remaja. FMT

Kena belasah sebab berkawan dengan awek orang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk



Kamal Adli takut buka media sosial

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta



Bikini Amy Nur Tinie bikin panas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker