Ahli UMNO jangan termasuk perangkap PN – Zahida

Ahli UMNO jangan termasuk perangkap PN – Zahida

Semua ahli-ahli UMNO dinasihatkan supaya bersabar dan bertenang susulan prestasi buruk yang dialami parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, dalam situasi ini semua ahli parti perlu bertindak rasional bagi memastikan mereka tidak termasuk dalam perangkap Perikatan Nasional (PN).



“Apa-apa pun saya nasihatkan kepada semua ahli UMNO untuk terus bersabar dan kekal tenang.

“Jangan sampai kita secara tidak sedar telah masuk perangkap PN untuk menjadi buah catur kepada mereka,” katanya yang juga bekas Ketua Puteri UMNO menerusi hantaran di Facebook.

Justeru, Zahida berkata, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh UMNO dan usaha memperbaiki dan memulihkan semula sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) perlu dilaksanakan.

Ujarnya, secara keseluruhan BN mengalami kemerosotan sokongan dari penyokong dan juga ahli UMNO sendiri.



Bagaimanapun, beliau menyifatkan prestasi BN di Negeri Sembilan sebagai membanggakan selepas mencatat pencapaian baik sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua calon BN yang menang terutamanya kepada calon-calon BN di Negeri Sembilan.

“Bagi saya pencapaian yang boleh dibanggakan dan boleh dijadikan rujukan kerana BN Negeri Sembilan memberi prestasi baik sejak PRU15 yang lepas,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada semua Jentera BN terutama Jentera Wanita BN Pandan yang memberi komitmen penuh.



“InsyaAllah. Saya akan terus memberi cadangan dan pandangan supaya BN kembali mendapat mandat rakyat,” tambahnya. MG

Ahli UMNO jangan termasuk perangkap PN – Zahida

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sebab UMNO kalah teruk

Kamal Adli takut buka media sosial



Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Bikini Amy Nur Tinie bikin panas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker