Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Isu Kontroversi Minum Arak, Syasya Dolla Dikritik Buat Muka Menjengkelkan Ketika Jawab ‘Interview’ Wartawan?

Sebelum ini, muncul kontroversi yang mendakwa ada ahli anggota kumpulan Dolla dilihat minum arak ketika berhibur di sebuah kelab malam.



Isu itu menjadi tular buat seketika apabila video memaparkan ahli anggota Dolla itu ‘kantoi’ minum sedangkan dia seorang muslim.

Jika dahulu kumpulan ini tidak lepas daripada isu seksi sehingga seksa mata sesiapa yang melihatnya, namun reaksi Syasya ketika ditemubual wartawan dikritik kerana dianggap biadab dan tidak profesional.

Memetik Cik Bunga, Syasya dilaporkan membuat reaksi dan mimik muka menjengkelkan ketika ditemui wartawan hiburan berkenaan isu tersebut.

Melepaskan peluang untuk membersihkan nama baiknya, Syasya dianggap kurang ajar kerana memilih untuk memberikan reaksi negatif mengenai dakwaan tersebut.



Ujar Cik Bunga, adalah lebih baik berbincang terlebih dahulu dengan pengurus artis sebelum hadi ke acara hiburan sebelum perkara seperti itu berlaku.

Cik Bunga harap, baik Syasya, anggota Dolla yang lain atau mana-mana artis baharu, boleh jadikan ini sebagai pelajaran. Artis tidak lari daripada tembakan soalan-soalan yang tidak semestinya perlu ‘baik’ sahaja.

Kalau nak keluar cerita baik-baik sahaja yang keluar, ‘maintain’ perangai baik ataupun, jangan jadikan dunia seni hiburan sebagai satu kerjaya. Bn

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk



Kamal Adli takut buka media sosial

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta



Bikini Amy Nur Tinie bikin panas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker