Bersatu tak perlu takut jika bersih – Anwar

Bersatu tak perlu takut jika bersih – Anwar

Parti politik yang bebas daripada rasuah tidak perlu gentar dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu berkata, ketika akaun Umno dibekukan, bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin turut menyokong langkah itu.

“Muhyiddin malah memuji profesionalisme SPRM,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Turut hadir Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail.

Anwar mengulangi kerajaan tidak berhasrat “campur tangan dengan proses itu”.

“Kalau bersih usah takut, semua (parti politik perlu) war-war, kita ini parti bersih, wujudkan kerajaan bersih.”

Minggu lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan akaun Bersatu dibekukan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.

Difahamkan, pembekuan akaun Bersatu itu ada kaitan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan berbilion ringgit untuk pakej rangsangan Covid-19.

Khamis lalu, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berkata parti itu akan menghantar surat kepada SPRM memohon pembekuan akaunnya dibatalkan.

Muhyiddin berkata, SPRM perlu membatalkan pembekuan serta-merta jika tidak menemui sebarang bentuk penyelewengan atau salah guna kuasa semasa menyemak akaun parti.

Terdahulu hari ini, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata parti itu menerima sumbangan besar daripada entiti korporat dan perniagaan, dengan transaksi berkenaan direkodkan dalam akaun bank mereka. FMT

Bersatu tak perlu takut jika bersih – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker