‘Sampai hati pukul bapa sampai mati’

‘Sampai hati pukul bapa sampai mati’

ALOR SETAR – Seorang pembantu tukang masak yang gagal mengawal emosi ketika bertengkar bertindak di luar dugaan apabila menumbuk dan memukul majikannya dengan kayu sampai mati dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Stadium di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 5.15 petang itu berlaku apabila suspek berusia 55 tahun bertengkar de­ngan mangsa, Ishak Othman, 68, di belakang premis tersebut.

Sumber berkata, kejadian berlaku apabila anak mangsa dan isteri suspek bertengkar berkaitan bekas peralatan yang sudah dicuci.

Katanya, mangsa yang terde­ngar pertengkaran itu keluar dari restoran dan terus memarahi wanita tersebut sebelum suspek turut masuk campur.

“Suspek yang hilang sabar kemudian telah menyerang majikannya dengan sebatang kayu. Anak masing-masing cuba menghalang perbuatan itu, namun suspek dikatakan sempat melepaskan beberapa tumbukan ke muka mangsa sebelum dileraikan.

“Mangsa kemudian tiba-tiba rebah selepas pergaduhan selesai dan pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa telah me­ninggal dunia,” katanya.

Jelas sumber, mangsa mempunyai sejarah berkaitan penya­kit jantung, darah tinggi dan sakit tulang belakang.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir memberitahu, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Sek­syen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, anak mang­sa, Ummi Hafsah, 28, tidak me­nyangka suspek yang sudah dianggap sebagai keluarga sendiri itu tergamak bertindak demi­kian.

“Sampai hati dia pukul bapa yang sudah tua di hadapan ibu.

“Saya ambil dia dan isteri be­kerja sejak tiga bulan lalu serta melayan mereka seperti keluarga sendiri. Kalau pergi jalan-jalan, kami akan bawa mereka bersama,” katanya.

Menurut Ummi Hafsah, arwah bapanya ada menyuarakan me­ngenai rasa tak sedap hati terdahap kelakuan suspek sebelum ini tetapi dia sangka perkara biasa.

“Kedai itu menjadi sumber pendapatan kami dan arwah se­ring ke premis walaupun saya minta dia berehat di rumah ke­rana penyakitnya. Mungkin itu tanda akhir arwah,” katanya yang reda dengan kematian bapanya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Souq AlBukhary di sini. K Online

‘Sampai hati pukul bapa sampai mati’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker