Isham pindah ke UMNO Bahagian Putrajaya

Isham pindah ke UMNO Bahagian Putrajaya

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil kini berpindah keahlian parti ke Bahagian UMNO Putrajaya.

Beliau sebelum ini merupakan ahli UMNO cawangan Pekan Sungai Pelong, Bahagian Sungai Buloh akan menyertai cawangan Bunga Matahari.

Perpindahan itu dilakukan selepas berbincang dengan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Isham, beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden UMNO itu merestui perpindahan tersebut.

Tambah Isham, sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14, beliau telah tinggal di kuarters kerajaan selama beberapa tahun di Putrajaya dan memutuskan untuk tinggal di sana sehingga ke hari tua.

“Kedua-dua anak saya pun bersekolah di Putrajaya. Kini anak saya yang kedua masih bersekolah di Presint 8, Putrajaya dan setiap pagi dan petang hari bersekolah saya ke Putrajaya untuk menghantar dan mengambilnya dari rumah ke sekolah dan kembali.

“Saya ada sebidang tanah di Putrajaya yang saya dapat dan beli semasa saya bekerja dalam kerajaan dahulu dan dalam masa yang terdekat ini saya dan keluarga akan berpindah semula ke Putrajaya dan bermastautin di sana insya-Allah sehingga hari tua,” kata Isham dalam kenyataan.

Isham yang sebelum ini bertanding di Parlimen Shah Alam pada PRU lepas membuat keputusan untuk berkhidmat sebagai ahli UMNO di Putrajaya yang akan menjadi tempat tinggal tetapnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada UMNO cawangan Pekan Sungai Pelong dan Bahagian Sungai Buloh kerana telah berjuang bersama-samanya.

“Banyak pengalaman pahit manis dan suka duka yang kita telah lalui bersama. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada UMNO Selangor kerana telah memberi peluang kepada saya berkhidmat selama ini.

“Saya tidak akan lupakan segala kenangan dan jasa bersama tuan-tuan dan puan-puan dan akan terus membantu dan menyokong perjuangan UMNO di negeri Selangor dan di seluruh Malaysia.

“Terima kasih semua. Doakan perjalanan dan perjuangan saya,” katanya. MG

Isham pindah ke UMNO Bahagian Putrajaya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali

Zalim kalau tak hargainya – Shuib

Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker