Vin Diesel ditemui beli ikan baung

Vin Diesel ditemui beli ikan baung

Peminat filem aksi perlumbaan kereta, Fast & Furious pasti sahaja amat teruja akan watak Toretto lakonan pelakon hebat Hollywood, Vin Diesel.

Dengan watak bertubuh tegap, cekap memandu kereta lumba dan mempunyai kemahiran bela diri menjadikan watak Toretto digemari ramai di seluruh dunia.



Malah sebelum ini, ‘Toretto celup’ dari Thailand yang meniru aksi dan gaya Vin Diesel turut terkenal di media sosial.

Namum kali ini, Toretto yang paling seiras telah dijumpai di Malaysia sedang membeli ikan Baung di warung tepi jalan.

Walaupun lokasi sebenar penemuan ‘Toretto’ tidak dinyatakan, namun difahamkan Toretto kali ini adalah berbangsa Pakistan yang berhijrah ke negara ini.

Rata-rata pengguna media sosial terkejut dengan penemuan itu dan menyifatkan Toretto kali ini adalah yang paling seiras dijumpai.



“Dah masuk Islam, dah join tabligh Toretto. Kali ini yang paling seiras dijumpai. Mesti dia perasan orang samakan dia dengan Vin Diesel,” ujar Zalisham.

“Dia datang beli ikan dekat Malaysia, dah tak bawa kereta mungkin sekarang,” kata Syafix Abd Hamid.

“Ini yang paling seiras, kalau jumpa dekat Amerika ni memang orang ingat yang asli dah ni,” kata Zaibidi Haron. K Online

Vin Diesel ditemui beli ikan baung



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ



Promosi Hotel ‘Kongkek’, Wanita Ini Dikecam Netizen

Bukan semua pengguna media sosial naik angin Khairi dipecat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker