Keterangan Zeti bagi kes 1MDB masih ditunggu-tunggu – Shahrir

Keterangan Zeti bagi kes 1MDB masih ditunggu-tunggu – Shahrir

Keterangan saksi utama bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Razak sangat dinanti-nantikan.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berkata, jawatan Gabenor Bank Negara adalah terpenting dalam urus tadbir kerajaan untuk mencegah penggubahan wang haram – ‘money laundering’ – dan pemantauan sistem perbankan.



Zeti sepatutnya memberi keterangan sebelum Joanna Yu Ging Ping, bekas Pengurus Perhubungan AmBank iaitu pada 23 Disember tahun lalu selepas Mahkamah Tinggi dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib bahawa bekas gabenor itu bersedia menjadi saksi.

Tetapi Zeti tidak dapat hadir pada tarikh itu kerana cuti sakit selama dua hari.

Ahmad Akram berkata, saksi penting itu dapat cuti sakit akibat demam panas, vertigo dan muntah.

Sehingga berita ini ditulis, pasukan pembelaan sedang melakukan pemeriksaan balas terhadap Joanna.



Namun, perbiacaraan tertangguh disebabkan kematian Timbalan Pendakwa Raya utama Datuk Seri Gopal Sri Ram Ahad lalu.

Isnin lalu, pihak pendakwa telah memaklumkan mereka perlu berbincangkan dan mengagihkan semula skop tugasnya berikutan kematian secara mengejut Sri Ram.

Dan, sehingga kini, tarikh untuk memanggil Zeti masih belum dimaklumkan walaupun sudah memasuki bulan Februari.

”Yang sangat ditunggukan! Penerangan dalam mahkamah dari seorang saksi yang penting,” kata Shahrir menerusi hantaran Facebook beliau.



MalaysiaGazette pernah bertanya kepada pihak pendakwa bilakah tarikh sebenar Zeti akan memberi keterangan pada dua minggu lalu.

Jawapannya, masih belum pasti.

Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram. MG

Keterangan Zeti bagi kes 1MDB masih ditunggu-tunggu – Shahrir



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)



Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]

Pengurus bank ‘kantoi’ simpan video lucah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker