Tugas semak tender lagi beri persepsi tak baik

Tugas semak tender lagi beri persepsi tak baik

Pas menuntut penjelasan Perdana Menteri yang mengatakan tugas Nurul Izzah untuk memastikan ketelusan dalam pentadbiran serta memantau urusan perolehan tender kerajaan.

Ini kerana ia masih menimbulkan persoalan, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.



Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, peranan yang diberikan oleh Anwar kepada anaknya itu tetap memberikan persepsi tidak baik.

Serentak itu beliau mahu Anwar menilai semula jawatan yang diberikan kepada Nurul Izzah.

“Kemudian bila dia sebut dia (Nurul Izzah) terlibat dengan check untuk pastikan tidak ada tender-tender yang melanggar (peraturan), semak tender-tender orang lain itu lagi mendedahkan kepada persepsi yang tidak begitu baik

“Saya fikir kita harus akur dengan tohmahan seluruh pihak dan bagi saya perkara itu tidak seharus dibuat. Harus semak semula,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Perikatan Nasional (PN) malam ini.



Menurut Tuan Ibrahim, Pas tetap menyifatkan tindakan itu Perdana Menteri melantik anak sulungnya Nurul sebagai Penasihat Kanan Ekonomi adalah amalan nepotisme.

“Seluruh dunia kata itu nepotisme. Kita tidak boleh nafi. Kalau kita nafi pun kalau semua orang sudah kata begitu kita harus akui,” kata Tuan Ibrahim.

Sebelum itu, Anwar menyatakan keterbukaan untuk menerima teguran serta kritikan terhadap tindakannya melantik Nurul Izzah sebagai penasihat khas ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri.

Justeru, Perdana Menteri memberi jaminan pentadbirannya akan tegas dalam usaha menentang rasuah dan salah guna kuasa.



Nurul Izzah dilantik kejawatan tersebut berkuatkuasa pada 3 Januari lalu. MG

Tugas semak tender lagi beri persepsi tak baik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)

Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]



Pengurus bank ‘kantoi’ simpan video lucah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker