Ustazah didakwa pukul ustazah sampai parah kerana lelaki

Ustazah didakwa pukul ustazah sampai parah kerana lelaki

MELAKA – Bergaduh kerana difitnah keluar dengan lelaki, seorang bekas ustazah didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap ustazah lain September lalu.

Tertuduh, Nurul Hidayah Khairuddin, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Nurul Nadirah Ahmad Ropie, 24.

Kesalahan itu dilakukan di dalam Kelas 2 Omar Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Taman Bukit Rambai dalam daerah Melaka Tengah pukul 2.40 petang 28 September tahun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Difahamkan, pergaduhan antara dua guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) itu tercetus berpunca apabila salah seorang mereka didakwa keluar dengan seorang lelaki yang diadukan kepada guru besar sekolah terbabit.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan J Banusha menawarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dan tidak mengganggu pengadu termasuk saksi kes.

Tertuduh diwakili peguam Mohd. Fahmy Mohd. Sulaiman bagaiamanapun dalam rayuannya memohon denda ringan kerana telah diberhentikan sebagai guru KAFA selepas kejadian itu dan kini hanya ditanggung ibu dan bapanya bersama lima lagi adik beradiknya.

Mohd. Fahmy kemudian mencadangkan jaminan seminimum mungkin sekitar RM3,000.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Majistret Mazana kemudian menetapkan jaminan RM3,000 selain tertuduh tidak mengganggu pengadu sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula 13 Mac ini. MG

Ustazah didakwa pukul ustazah sampai parah kerana lelaki

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker