Biar polis siasat – Fyna

Biar polis siasat – Fyna

Penyanyi Fyna Jebat enggan mengulas dakwaan isu pertelingkahan dengan madunya yang juga isteri pertama Datuk Zainal Abidin Hassan, Datin Zalina Zaini.

Fyna yang juga adik kepada penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat berkata, dia menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.



“Tiada apa yang boleh diperkatakan. Biar isu ini diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa,” katanya.

Fyna menjawab pertanyaan media selepas berakhir konsert separuh akhir Famili Duo musim kedua yang disiarkan di TV3, malam tadi.

Terdahulu, dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam, Fyna didakwa terbabit dalam pertelingkahan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian yang berlaku dan memaklumkan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.



Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

Sementara itu, Fyna dan Ayda berjaya mara ke konsert akhir Famili Duo, Ahad depan.

Pasangan adik-beradik itu juga dinobatkan juara mingguan dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 menerusi konsert Famili Duo separuh akhir. BH

Biar polis siasat – Fyna



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]



Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker