700 juta lebih tidak logik – TMJ

700 juta lebih tidak logik – TMJ

“…700 juta lebih tidak logik”, itu persoalan di bangkitkan pemilik Johor Darul Ta’zim (JD), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tidak percaya nilai pembangunan semula Stadium Shah Alam berharga RM787 juta.

Sebaliknya, Tunku Ismail menganggap pembinaan venue baharu Selangor FC itu adalah berharga RM2 billion.

Katanya, memandangkan ciri-ciri teknologi tinggi akan digunakan dalam pembinaan ‘rumah’ baharu skuad Red Giants itu, adalah tidak masuk akal ia begitu murah.

“SSI (Stadium Sultan Ibrahim) 400 lebih juta sahaja. Stadium ini (Stadium Shah Alam) sekurang-kurangnya 2 billion. Kerana mempunyai teknologi yang tinggi. 700 juta lebih tidak logik,” katanya di laman sosial.

Stadium Shah Alam yang akan dijenamakan sebagai Kompleks Sukan Shah Alam bakal menjadi mercu tanda baharu buat pasukan Merah Kuning yang akan dijadikan venue tetap pasukan itu.

Gelanggang serba moden itu dijangka akan siap pada 2026 dan kemungkinan Selangor FC bakal menggunakan stadium itu pada 2027.

Venue itu bakal dilengkapi teknologi tinggi apabila permukaan padangnya boleh diubah seperti mana yang terdapat di Stadium Alabama, Amerika Syarikat.

Malah, venue yang boleh memuatkan sehingga 35,000-40,000 tempat duduk itu turut menggunakan kawalan kelembapan dalaman atau ‘ETFE ceramic coating’ dan sistem penyejukan tempat duduk seperti stadium-stadium Piala Dunia di Qatar.

Bumbung gelanggang itu juga akan ditutupi dengan bumbung ‘transparent ETFE’ bagi mengelak daripada terkena hujan bagi membolehkan perlawanan diteruskan selain acara-acara ‘indoor’ dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan cuaca.

Rumput yang bakal digunakan juga menepati standard Fifa apabila dua jenis rumput iaitu Paspalum dan Zeon Zoysia bakal digunakan di venue itu. HM

700 juta lebih tidak logik – TMJ

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker