Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri

Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri

Pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, meletakkan kesalahan ke atas dirinya sendiri kerana bersikap degil sehingga terbabit dalam kemalangan motosikal di lokasi penggambaran drama Boskid, semalam.

Noorkhiriah yang membintangi drama itu berkata, memang ada babak memerlukan dia menunggang motosikal dan ia tidak menjadi masalah kerana dia sudah biasa melakukannya, malah pernah beraksi menunggang motosikal dalam drama Bedah Tong Gas sebelum ini.

“Apa yang berlaku itu (kemalangan) bukan kesilapan pihak produksi, tetapi atas diri saya sendiri kerana bersikap degil tetap nak menunggang motosikal itu walaupun sudah berkali-kali penolong pengarah mengingatkan yang motosikal itu dah nak rosak.

“Ia adalah motosikal ‘props’ milik produksi yang digunakan untuk babak kemalangan dan betullah kata penolong pengarah yang motosikal itu ada masalah. Tetapi, saya yang tetap berkeras juga nak menunggangnya kerana terlalu yakin pada diri sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Noorkhiriah memuat naik video kemalangan itu di Instagram. Ia memaparkan Noorkhiriah gagal mengawal motosikal yang ditunggang sebelum merempuh sebuah kereta yang diparkir berhampiran.

Noorkhiriah berkata, apa yang dilalui itu juga disifatkan sebagai penunjuk daripada Allah buatnya di atas kedegilan diri sendiri.

Katanya, dia bersyukur kerana masih diberikan nyawa oleh Allah dan mengalami cedera ringan saja di tangan kanan.

“Alhamdulilah, keputusan pemeriksaan X-ray, saya tiada kecederaan dalaman dialami selain tisu koyak dan lutut lebam. Cuma hari ini, baru mula nak rasa lenguh-lenguh badan. Doktor juga memaklumkan kecederaan ini akan pulih dalam masa dua minggu.

“Saya akan ke lokasi penggambaran esok kerana tidak mahu pentingkan diri sekali gus mengganggu kerja-kerja orang lain dan pihak produksi. Alhamdulillah, saya bekerjasama dengan pihak produksi yang baik dan begitu mengambil berat kebajikan semua orang.

“Apa yang berlaku kepada saya adalah suratan takdir yang nak terjadi. Bukan salah orang lain, tapi atas diri saya sendiri. Apapun, terima kasih juga kepada semua rakyat Malaysia yang ramai mendoakan saya. Semoga doa-doa baik yang dititipkan itu berbalik semula pada kalian semua.

“Saya memang tak sangka begitu ramai rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib saya selepas kemalangan itu semalam. Alhamdulillah, saya baik-baik saja setakat ini dan tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya.

Mengulas mengenai kereta yang dilanggarnya di tepi jalan, Noorkhiriah berkata, ia milik penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

Katanya, dia juga memohon maaf kepada pemilik kereta itu dan bersyukur ia sudah diselesaikan oleh pihak produksi dengan baik. HM

Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker