Anak Najib umum tanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO

 

SHAH ALAM – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nazifuddin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan parti akan datang.

Mohd Nazifuddin yang merupakan ahli UMNO Bahagian Langkawi berkata, beliau ingin membantu sayap itu bagi menarik golongan muda agar dapat bersama-sama memperkukuhkan perjuangan parti.

“Sebagai salah seorang ahli dalam persatuan sukan, saya merasakan ia satu kelebihan bagi saya untuk mendampingi golongan muda seterusnya mendorong mereka untuk bersama kita.

“Saya turut ingin menyumbangkan kudrat dalam memartabatkan kegiatan sukan, mencungkil bakat dan kemahiran, meninggikan taraf ekonomi serta kepelbagaian aktiviti berfaedah untuk golongan muda,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau turut menyedari cabaran besar yang dihadapinya adalah bagi menarik minat sokongan golongan muda kepada UMNO.

“Maka itu, saya bersedia mendepani perkara utama ini. Keutuhan berpasukan, persepaduan dan kesepakatan dalam setiap gerak kerja amatlah diperlukan.

“Sebagai ahli parti, sudah pasti ini elemen utama yang menjadi intipati didikan pada diri saya,” ujarnya.

Selain itu katanya, jika diberi peluang menjawat jawatan itu, beliau mahu memfokuskan kepada golongan pengundi baharu lepasan sekolah agar mereka dapat membantu UMNO untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker