Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri

Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad hari ini berkenan menerima menghadap bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob di Istana Negara petang semalam.

Dalam catatan di Facebooknya, Ahli Parlimen Bera itu mengucapkan terima kasih kepada Sultan Abdullah kerana memberi perkenan kepadanya untuk menerima menghadap baginda yang dipercayai dipercayai berlangsung pada jam 2.30 petang.



Difahamkan pertemuan itu berlangsung selama kira-kira sejam.

Pertemuan rasmi itu dipercayai yang membabitkan bekas perdana menteri dan Agong sejak PRU15 yang kemudian mengangkat Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kerajaan perpaduan.

Ismail berkhidmat sebagai perdana menteri Malaysia yang kesembilan selama satu tahun 51 hari, menjadikannya perdana menteri Malaysia paling singkat.

Ismail menggantikan Muhyiddin Yassin, yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama 17 bulan. FMT



Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]



Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker