Sarjan trafik cedera langgar SUV masuk stesen minyak

Sarjan trafik cedera langgar SUV masuk stesen minyak

SHAH ALAM – Seorang anggota polis trafik cedera selepas melanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang membelok secara mengejut memasuki sebuah stesen minyak di kilometer 8.9 Lebuh Raya Persekutuan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.37 tenga hari, Sarjan Abdul Jalil Md. Said, 35, cedera di muka dan bengkak mata kiri ketika melakukan pemantauan Op Selamat di sekitar bandar raya ini dengan menunggang motosikal peronda.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kemalangan dikatakan berlaku ketika anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik sedang melalui susur masuk ke sebuah stesen minyak.

“Pada masa sama, sebuah kereta SUV jenis Proton X70 secara mengejut turut masuk simpang kiri ke stesen minyak sama.

“Anggota itu tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, ekoran pelanggaran itu mengakibatkan mangsa cedera di muka termasuk bengkak mata kirinya.

Ujar Mohd. Iqbal, pemandu SUV berusia 42 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Anggota polis itu telah dihantar ke Hospital Shah Alam bagi rawatan lanjut.

“Polis telah mengarahkan pemandu kereta berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam bagi membuat laporan polis berhubung kemalangan terbabit,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. K Online

Sarjan trafik cedera langgar SUV masuk stesen minyak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker