Atisha Khan berjaya mendapat ijazah, Neelofa bersyukur

Atisha Khan berjaya mendapat ijazah, Neelofa bersyukur

SEKALUNG tahniah buat adik personaliti kontroversi yang pernah tampil berlakon dalam drama televisyen, Neelofa, Athisha Khan yang berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang Undang-Undang Perniagaan di University of Birmingham, United Kingdom (UK) baru-baru ini.

Menerusi perkongsian media sosial Instagram (IG) Athisha, dia memuatnaik gambar memakai jubah konvokesyen yang sebenarnya, lebih meriah dan menjadi lipatan kenangan manis jika dapat hadir secara fizikal di kampus untuk menerima segulung ijazah dengan memakai jubah dan bertopi tiga segi.

Bagaimanapun, dalam keadaan pandemik Covid-19 tidak memungkinkan Athisha hadir secara fizikal, melainkan menghadiri majlis perkhawinan ataupun rentas daerah ke Nilai dan Langkawi. Itu dalam keadaan sekarang ini, dibolehkan kerana kita mahu menghidupkan industri pelancongan negara menerusi Gelembung Pelancongan Langkawi.

Sesiapa yang mengikuti IG Athisha dapatlah tengok dia pakai jubah bergambar dengan ahli keluarga.

Sementara itu, ibunya, Noor Kartini melahirkan rasa syukur dengan pencapaian Athisha.

“Alhamdulillah. Syukur dengan segala nikmatmu. Tahniah Athisha. Moga terus menjadi hamba yang memberi manfaat kepada seluruh umat,” catat Noor Kartini di ruangan IGnya pula.

Mak dan anak hari ini amat modern kerana masing-masing celik IT dan menggunakan media sosial untuk membuat hantaran ucapan antara satu sama lain.

Dengan menggenggam segulung ijazah, Athisha yang juga merupakan vlogger yang mempunyai 315,000 pengikut di YouTube pasti bangga dengan pencapaian akademiknya.
Sekali lagi, tahniah! SM

Atisha Khan berjaya mendapat ijazah, Neelofa bersyukur


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker