Menteri KDN arah 20 pejabat pengeluar pasport beroperasi setiap hari

Sebanyak 20 Pejabat Pengeluar Pasport selain daripada Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan beroperasi tujuh hari seminggu bermula Jumaat ini sebagai antara usaha mengatasi kesesakan di kaunter Imigresen.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata selain itu, mesin pencetak pasport di pejabat yang sesak dan mempunyai kadar pengunjung tinggi juga akan ditambah.

Selain itu, katanya pejabat pasport Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) akan turut beroperasi sebagai Pejabat Pengeluar Pasport bagi kes segera dan kecemasan selain daripada permohonan biasa.



“Langkah awal lain yang turut diambil adalah penambahbaikan sistem temu janji dalam talian yang akan diberi tarikh dan masa berserta nombor giliran,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook rasmi, semalam.

Menurut Saifuddin Nasution semua langkah awal bagi mengatasi kesesakan di kaunter Imigresen itu diputuskan pada mesyuarat khas petang tadi.

Mengenai isu kesesakan melibatkan pelawat asing di KLIA, Saifuddin Nasution berkata ia berpunca daripada ketibaan kira-kira 20 hingga 26 pesawat secara serentak dalam jarak masa antara lima hingga 10 minit ketika waktu puncak.

Katanya pemeriksaan berdasarkan prosedur yang ditetapkan bagi memastikan pelancong asing tulen yang memenuhi syarat Pas Lawatan Sosial sahaja dibenarkan masuk, juga antara faktor kesesakan itu berlaku.



Sehubungan itu, Saifuddin Nasution berkata kerajaan akan mengkaji perluasan penggunaan pagar automatik (autogate) kepada pelawat dari 10 negara berisiko rendah selain mewujudkan dua kumpulan ‘Quick Response Team’ (QRT) yang mula beroperasi 1 Feb bagi membantu pegawai di kaunter semasa waktu puncak.

“Saya menghargai peranan pegawai-pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang memberikan komitmen dalam tugasan ini dan saya mengalu-alukan cadangan serta pandangan masyarakat bagi mencari jalan keluar agar isu ini tidak dibiarkan berterusan,” katanya.

– Bernama

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]



Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker