Pergaduhan isteri pertama dan kedua, Ini komen anak Zainal Abidin Hassan

PETALING JAYA – Salah seorang anak kepada bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin iaitu Zaifiq memberi bayangan seperti tidak bersetuju dengan tindakan bapanya bernikah kali kedua dengan Fyna Jebat.

Zaifiq atau nama sebenarnya, Muhammad Zaifiq Abidin berkata, tidak semua apa yang dilaporkan media bersifat sahih berhubung perkahwinan bapanya dengan penyanyi muda itu.

“Tidak langsung seperti apa yang dilaporkan pihak media. Ya, kami masih wujud dan kami benar-benar tidak bersetuju (dengan apa yang berlaku),” tulisnya menerusi Facebook.

Antara hantaran status dikongsi anak bujang Zainal Abidin bernama Zaifiq seperti memberi bayangan tidak merestui perkahwinan bapanya dengan isteri muda, Fyna Jebat. – FACEBOOK

Zaifiq juga memuat naik sekeping foto adik-beradiknya mencium pipi ibu tersayang yang selama ini telah bertungkus lumus membesarkan dan mendidik mereka.

“Biar gambar berbicara,” demikian coret Zaifiq sebagai kapsyen foto yang dikongsi.

Sementara itu, Zaifiq turut berkongsi seraya membetulkan kata-kata berbunyi: “Curang di belakang orang yang baik umpama mencampak berlian dan mengutip kotoran.”

Zainal atau nama sebenarnya, Zainal Abidin Hassan, 62, memilih untuk tidak memberi komen lanjut berhubung pergaduhan melibatkan isteri pertama dan keduanya di tempat awam.

Isnin lalu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan berlaku pergaduhan kecil melibatkan dua isteri kepada bintang bola sepak terkenal itu.

Menurut Iqbal, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh di tempat awam).

Hasil siasatan mendapati, suspek (isteri pertama) marah kepada penyanyi itu kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuan dirinya.

Sekadar info, bekas pengendali pasukan Penang FC itu berkahwin dengan isteri pertama, Datin Zalina Zaini sejak 1985 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan liima orang cahaya mata

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker