Khairy mahu jadi PM walau kini tanpa parti

Khairy mahu jadi PM walau kini tanpa parti

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin masih menaruh harapan beliau boleh mencapai cita-cita menjadi perdana menteri pada masa hadapan.

Bagaimanapun bekas Menteri Kesihatan itu yang kini tidak berparti selepas dipecat UMNO, Jumaat lalu mengakui tidak pasti bagaimana beliau boleh mencapai hasratnya itu.

“Saya tidak pasti bagaimana perkara itu akan berlaku sekarang. Namun, saya faham bahawa politik bukanlah jalan yang mendatar.

“Ada pelbagai halangan yang perlu dilalui oleh seseorang sebelum mereka boleh muncul sebagai pemimpin, bukan saja dalam parti malah sebagai pemimpin negara.

“Ya, saya masih mahu memimpin negara ini suatu hari nanti. Bagaimana saya boleh ke sana, saya tidak tahu,” katanya dalam program Breakfast Grille di radio BFM pagi ini. BH

Khairy mahu jadi PM walau kini tanpa parti

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker