Umno mampu lahirkan lebih ramai Khairy, Shahril Hamdan

Umno mampu lahirkan lebih ramai Khairy, Shahril Hamdan

Umno tidak terjejas teruk dengan pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin baru-baru ini kerana parti itu mampu melahirkan lebih ramai pemimpin yang berkaliber dan setia pada masa depan, kata Naib Ketua Pemuda Umno Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh.

ADUN Merlimau itu berkata, pemecatan dan penggantungan ahli serta pemimpin parti adalah perkara biasa, namun yakin Umno mampu melahir serta mengetengahkan ramai pemimpin pelapis untuk menganggotai pucuk kepimpinan parti, lapor Berita Harian.



“Inilah hakikatnya, pemimpin datang dan pergi, InsyaAllah saya yakin Umno mempunyai pelapis pemimpin muda yang boleh diketengahkan.

“Kalau kita kehilangan pemimpin muda seperti KJ (Khairy Jamaluddin) dan Shahril Hamdan, saya percaya Umno mampu melahirkan 10 lagi `KJ’ dan 10 `Shahril Hamdan’ yang lebih setia pada masa akan datang,” katanya.

Beliau juga menasihatkan ahli Umno supaya tidak terus bersedih dan kecewa sebaliknya terus memperkuatkan iltizam serta usaha bagi melahirkan lebih ramai pemimpin berwibawa dan setia, sekali gus memastikan Umno lebih mantap pada masa depan.

Umno pada Jumaat lalu memecat Khairy yang juga bekas ketua pemudanya dan bekas ketua Umno Selangor Noh Omar kerana melanggar disiplin parti semasa PRU15.



Bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan dan beberapa pemimpin lain termasuk bekas naib presiden, Hishammuddin Hussein; bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif; dan pemimpin Umno Tebrau, Maulizan Bujang pula digantung keahlian selama enam tahun. BH

Umno mampu lahirkan lebih ramai Khairy, Shahril Hamdan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)



Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker