Kerajaan Anwar perlu bertindak bukan bercakap – Kit Siang

Kerajaan Anwar perlu bertindak bukan bercakap – Kit Siang

Veteran DAP Lim Kit Siang bersetuju dengan bekas timbalan perdana menteri Musa Hitam bahawa sudah tiba masa untuk kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim bertindak dan bukannya bercakap semata-mata.

Dalam ucapan di majlis Tahun Baharu Cina semalam, Lim berkata Jemaah Menteri kerajaan pimpinan Anwar mesti mempunyai pemikiran bahawa penggal mereka boleh berakhir pada bila-bila masa, memetik kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020.

“Kerajaan perpaduan Anwar perlu mempunyai pemikiran yang penggal mereka mungkin berakhir pada bila-bila masa walaupun mereka berniat untuk berkhidmat sepenuh penggal lima tahun mereka. Kerana inilah mereka perlu mula melaksanakan cadangan-cadangan utama mereka dalam tempoh enam ke 12 bulan yang pertama,” kata bekas Ahli Parlimen itu.

Beliau berkata, Putrajaya mesti menjadikan sidang Parlimen selama tujuh minggu yang bermula bulan depan sebagai “paling diingati” dalam memulakan reformasi institusi.

Katanya, ujian besar terdekat untuk kerajaan perpaduan Anwar akan datang ialah enam pilihan raya negeri tahun ini.

“Saya sentiasa berasa ragu-ragu dengan perbualan mengenai ‘gelombang hijau’ dalam PRU15 sebelum ini, tetapi perkembangan politik baru-baru ini kelihatan seperti telah memberikan tenaga kepada Perikatan Nasional (PN).”

Jumaat lalu, Musa memberitahu masa untuk kerajaan perpaduan Anwar bercakap mengenai pelbagai isu dihadapi negara telah berlalu dan kini adalah masa untuk mengambil tindakan proaktif bagi menyelesaikannya.

Beliau merujuk ucapan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, yang memberitahu panel itu bahawa ia akan mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk menangani masalah ekonomi Malaysia, sambil berkata orang ramai hanya memberi Putrajaya “tiga hingga enam bulan”.

“Selepas itu, mereka tidak akan bersopan santun dengan anda,” kata Musa di sebuah forum yang turut dihadiri Rafizi. FMT

Kerajaan Anwar perlu bertindak bukan bercakap – Kit Siang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker