Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Lain macam aura bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang baru dipecat daripada parti.

Sebuah stesen radio Hot FM mahu menggunakan bakat yang dimiliki oleh bekas Menteri Kesihatan tersebut sebagai penyampai radio.

Surat tawaran kepada Khairy Jamaluddin yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu dikemukakan melalui Instagram.

Khairy Jamaluddin tidak keseorangan dalam slot dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.

Sebaliknya bekas Ahli Parlimen Rembau itu akan bergandingan dengan penyampai radio popular Johan, Fara Fauzana dan AG.

“Kami di Hot FM sentiasa mengalu-alukan kedatangan penyampai-penyampai baharu.

“Kami percaya gandingan terbaharu ini bakal menjadi gandingan yang hangat dan terbaik.

“Kami berbesar hati dan berharap Tuan Khairy Jamaluddin menerima tawaran ini,” katanya.

Tawaran berkenaan menerima pelbagai reaksi segera daripada daripada penyampai radio terbabit.

“Hahahahahhaa mampuih la.. aku kena off satg la wehhh,” kata Johan.

“Boss saya tak jadi cuti tau. Saja nak beritahu so kita boleh on air berempat,” komen Fara Fauzana dalam ruang komen.

Sementara itu rata-rata pengikut station radio berkenaan menyifatkan Hot FM sudah terlambat.

Ini kerana Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah ‘meminang’ bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Tunku Ismail menawarkan KJ jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) selain sebagai penasihat belia di negeri itu.

“Maaf anda terlambat TMJ sudah offer dulu,” kata Nrafiqah.

“Banyak offer KJ. Nampak tak ramai sayang KJ,” komen Zahin_Muizz47.

Khairy Jalaluddin antara pemimpin UMNO yang dipecat dalam keputusan yang diambil oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO Jumaat lalu. MG

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker