Anwar kesal keputusan Mahathir berkait Batu Puteh

Anwar kesal keputusan Mahathir berkait Batu Puteh

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan kekesalan di sebalik keputusan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menarik balik semakan keputusan berhubung Batu Puteh.

Ketika pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Leong, Anwar menyatakan pendirian Malaysia berhubung isu itu dan menganggap tidak wajar buat mana-mana perdana menteri untuk mengabaikan soal kedaulatan negara.



“Kami (Jemaah Menteri) telah mengambil pendirian yang sangat kuat, menyatakan kekesalan kami atas kegagalan perdana menteri terdahulu Tun Mahathir ketika itu untuk tidak membuat rayuan, apabila kita kalah dalam kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Tetapi, semua sudah terjadi, ICJ telah memberikan keputusan,” kata Anwar sewaktu Majlis Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Singapura hari ini.

Pada 2008, ICJ memutuskan Batu Puteh milik Singapura, Batuan Tengah milik Malaysia dan Tubir Selatan kepunyaan negara di perairan wilayah di mana ia berada.

Pada Jun 2017, Malaysia memohon kepada ICJ untuk meminta tafsiran penghakiman itu.



Pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan bawah pimpinan Mahathir menarik balik permohonan untuk membatalkan keputusan ICJ yang menganugerahkan bidang kuasa undang-undang Batu Puteh kepada Singapura.

Jelas Anwar, Malaysia akan terus menghormati keputusan yang telah dibuat oleh ICJ namun tetap penting bagi kerajaan untuk menyatakan pendirian mengenai isu ini kepada kerajaan Singapura.

“Saya faham kita telah kalah dalam kes itu tetapi apa yang saya nyatakan ialah, kita tidak membuat rayuan apabila kita sepatutnya berbuat demikian,” katanya.

Menurut beliau, pendirian itu penting buat negara bagi merunding isu-isu yang berkaitan dengan Batu Puteh seperti alam sekitar dan kedaulatan negara bersama dengan kerajaan Singapura.



“Perlukah kita berunding, bukan dari segi pemilikan kerana hak milik hanya Singapura. Dari segi beberapa isu alam sekitar, beberapa projek di sana telah menjejaskan kedaulatan atau sempadan kita.”

“Jadi perkara ini, boleh dibincangkan. Saya telah memberitahu Perdana Menteri Lee Hsien Leong, beliau bersetuju dengan arahan itu,” tambah Anwar lagi. FMT

Anwar kesal keputusan Mahathir berkait Batu Puteh

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri



Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker