PN ‘rempuh’ Sarawak juga

#PRU15

PN ‘rempuh’ Sarawak juga

Perikatan Nasional (PN) bakal meletakkan calon-calon di beberapa kerusi Parlimen di Sarawak, umum pengerusi gabungan tersebut Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata PN bakal bertanding di empat kerusi di Sarawak iaitu Bintulu, Saratok, Lubok Antu dan Batang Lupar.

Bekas Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju bakal mewakili PN dan Bersatu untuk mempertahankan kerusi tersebut selepas memenanginya pada PRU lalu dengan majoriti 989 undi.

Selain itu, Jugah Muyang pula dipertaruhkan PN bagi mengekalkan Parlimen Lubok Antu yang dimenangi beliau pada tahun 2018 dengan 1,059 undi sebagai calon Bebas.

Duke Janteng pula menjadi taruhan PN di Parlimen Bintulu, manakala seorang lagi calon dari PAS yang mewakili PN bakal berentap di Parlimen Batang Lupar.

Nama calon tersebut bakal diumumkan kemudian. FMT

PN ‘rempuh’ Sarawak juga


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker