Berebut kutip ‘ulat kayangan’ di Dalat

Berebut kutip ‘ulat kayangan’ di Dalat

Kehadiran ulat ‘kayangan’ dikenali Lamas atau Lelamaih di tepi jalan di Kilometer 7 Jalan Dalat-Sungai Kut di sini, mencetus fenomena apabila orang ramai berpusu-pusu datang untuk mengutipnya.

Tinjauan mendapati, orang ramai dilihat mengutip ulat yang mampu mencecah harga RM400 hingga RM600 sekilogram (kg) itu yang merayap di atas jalan raya serta di daun-daun kayu Nyatoh di tepi jalan berkenaan.



Menurut penduduk Kampung Sungai Kut, kehadiran ulat itu disedari apabila ia dijumpai merayap di atas jalan raya yang terletak di Kilometer 7 Jalan Dalat- Sungai Kut sejak semalam.

Berikutan itu, orang ramai khususnya penggemar ulat berkenaan berpusu-pusu datang mengutipnya di atas jalan raya dan di daun-daun kayu Nyatoh di tepi jalan berkenaan.

Difahamkan, mereka yang mengutip ulat itu bukan saja terdiri daripada penduduk Kampung Sungai Kut, malah dari Oya dan Mukah yang juga penggemar ulat berkenaan.

Senah Mat, 88, berkata Lamas begitu sedap dimakan sama ada dengan hanya merebusnya menggunakan air dan garam atau disalai.



“Ulat ini bersih dan baik untuk kesihatan,” katanya.

Wanita dari kaum Melanau itu berkata, rasa Lamas juga lemak dan manis serta boleh dimakan dengan sagu dan nasi.

Lamas juga satu daripada makanan eksotik bagi masyarakat Melanau di Mukah, selain ulat mulong (sagu).

Bagaimanapun, ulat itu sukar dijumpai kerana habitatnya hanya di dalam daun pokok Nyatoh dan hanya terdapat di hutan-hutan tertentu.



Walaupun harganya begitu tinggi, namun Lamas sentiasa mendapat sambutan daripada masyarakat Melanau kerana keenakan rasanya yang tersendiri. BH

Berebut kutip ‘ulat kayangan’ di Dalat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri



Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker