PN menang di Selangor, Azmin dijangka kembali menjadi Menteri Besar

Perikatan Nasional tidak menolak kemungkinan mencalonkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menerajui semula Selangor sekiranya berjaya menawan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada tahun ini.

Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya PN Selangor, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi berkata, peluang sentiasa terbuka kepada bekas Menteri Besar Selangor itu untuk kembali memimpin Selangor.

Bagaimanapun, katanya, segala kemungkinan itu terserah kepada kebijaksanaan kepimpinan PN untuk menentukan calon terbaik menjawat jawatan nombor satu peringkat negeri itu.

“Peluang sentiasa terbuka kepada (Mohamed Azmin) dan kalau beliau berjaya menang di peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) dan membantu kemenangan kita di Selangor, insya-ALLAH dengan segala pengalaman yang ada membangunkan Selangor, beliau mampu ke arah itu,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Bagaimanapun, Zulkafperi mengakui, Mohamed Azmin yang juga Ketua Penerangan PN berdepan tugas berat untuk mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang dimenangi beliau semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Kerusi DUN (Bukit Antarabangsa) dijangka sengit kerana pengundi Melayu di sana tidak sampai 50 peratus dan ia tentulah sukar tetapi pengaruh beliau mampu menarik sokongan pengundi.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan sama ada Mohamed Azmin kekal di (DUN) Bukit Antarabangsa atau memilih kerusi DUN lain yang mungkin berpihak kepada kemenangan PN,” kata beliau.

Ditanya tentang peluang PN untuk menang pada PRN Selangor, Zulkafperi berkata, pada masa ini kesiapsiagaan jentera PN berada pada tahap terbaik dan yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi DUN sekali gus membentuk kerajaan negeri.

“Saya yakin dengan penyatuan ummah antara Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan Pas ini kita mampu menawan negeri Selangor.

“Kita mahu gelombang orang Melayu diteruskan dan memberi sokongan kepada PN dan menolak PH (Pakatan Harapan) dan BN (Barisan Nasional).

“Saya dapat melihat dalam media sosial, ramai anak muda menyokong PN lebih-lebih lagi dengan kemelut yang berlaku dalam UMNO,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)

Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]

Pengurus bank ‘kantoi’ simpan video lucah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker