Jaafar Jackson lakonkan watak Michael Jackson

Jaafar Jackson lakonkan watak Michael Jackson

Filem biopik Michael Jackson bakal dibintangi anak saudaranya sendiri iaitu Jaafar Jackson, 26, yang melakonkan wataknya.

Filem arahan Antoine Fuqua itu diberi judul ringkas Michael sekali gus menjadi filem terbesar lakonan Jaafar yang juga anak kepada abang Michael, Jermaine.

Ibu Michael, Katherine Jackson sangat merestui pemilihan itu walaupun sudah dibuat pencarian di seluruh dunia bagi mendapatkan pelakon paling tepat untuk filem terbabit.

“Jaafar menyerupai anak saya. Seronok rasanya apabila dapat melihat dia meneruskan legasi Jackson sebagai penghibur dan penyanyi,” katanya.

Jackson yang mencipta populariti sejak kanak-kanak sebagai anggota Jackson 5 terus menjadi inspirasi dalam industri muzik.

Diberi jolokan Raja Pop, dia meninggal dunia pada 2009 ketika berusia 50 tahun.

Filem Michael diterbitkan dengan kerjasama syarikat hartanah Michael Jackson. Tentunya, ia akan berperanan besar dalam menetapkan bagaimana jalan ceritanya kelak.

Penerbitnya, Graham King yang turut menerbitkan biopik Queen berkata, ternyata pelakon paling tepat membawakan watak Michael selama ini ada berdekatan mereka saja.

“Saya bertemu Jaafar lebih dua tahun lalu dan sangat terpesona bagaimana organiknya ciri-ciri semangat serta personaliti dia menyerupai Michael.

“Pesonanya sangat kuat sehingga sudah cari satu dunia pun, ternyata hanya dia satu-satunya orang paling tepat membawakan watak itu,” katanya.

Michael dijangka memulakan penggambarannya tahun ini. HM

Jaafar Jackson lakonkan watak Michael Jackson

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)

Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]

Pengurus bank ‘kantoi’ simpan video lucah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker