Lelaki kurang siuman maut di Masjid Pulau Melaka, ini puncanya

Lokasi kejadian seorang lelaki maut selepas mengamuk di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU – Kematian seorang lelaki kurang siuman selepas mengamuk dan bergelut dengan pengawal keselamatan di Masjid Pulau Melaka di sini kelmarin berpunca daripada tekanan pada bahagian dada mangsa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini mendapati, tekanan pada bahagian tersebut mengakibatkan pendarahan pada bahagian paru-parunya.

“Selain itu, terdapat kesan calar akibat lebam dan luka pada beberapa bahagian tubuh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Kosmo! hari ini melaporkan, lelaki kurang siuman yang maut selepas bergelut dengan pengawal keselamatan di Masjid Pulau Melaka di sini kelmarin, berkali-kali melaungkan bahawa dia merupakan dajal yang dihantar Tuhan.

Bukan itu sahaja, dia turut menepuk dadanya berkali-kali sebelum menyerang seorang wanita yang berada di kawasan itu pada pukul 6.30 petang.

Muhamad Zaki dalam satu kenyataan semalam berkata, pengawal keselamatan yang bertugas di masjid itu datang untuk menahan lelaki tersebut sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

“Semasa pergelutan, beberapa pelajar Maahad Tahfiz Tok Guru telah membantu pengawal keselamatan itu. Selepas berjaya menahan mangsa, pelajar tahfiz itu telah melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

“Semasa anggota polis tiba di lokasi kejadian, mangsa berada dalam keadaan terbaring dan sudah meninggal dunia,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)

Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]

Pengurus bank ‘kantoi’ simpan video lucah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker