Pencuri Tabung Masjid Dikafankan AJK Masjid (Video)

Pencuri Tabung Masjid Dikafankan AJK Masjid (Video)

Di Malaysia baru-baru ini tular tentang kisah pencuri tabung masjid dimandikan seperti jenazah oleh ahli jawatankuasa (AJK) masjid terbabit.

Negara jiran juga ada kisah yang lebih kurang sama tetapi sedikit berbeza. Menurut Kosmo, seorang pemuda telah ditangkap ketika cuba mencuri kotak tabung masjid di Kota Pontianak, semalam.

Difahamkan kejadian itu berlaku di Masjid Al Mujahid dan pelaku kemudian melalui pengalaman menakutkan apabila dia dikafankan oleh AJK masjid terbabit sebagai hukuman.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, pemuda itu mengaku bersalah dan memberitahu bahawa kejadian berkenaan merupakan kali kedua dia melakukan jenayah terbabit.

Ini percubaan kedua saya, saya mohon maaf.”

Menurut perakam video, suspek malah meminta untuk mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum diberi hukuman dibungkus dengan kain kafan.

Sama seperti di Malaysia, video tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen Indonesia. Rata-ratanya bersetuju dengan tindakan AJK masjid kerana mahu memberikan pengajaran buat pemuda itu.

Seorang netizen berkata,

Mujur hanya dikafan, jika ikutkan saya (mahu) terus dihantar masuk kubur.”
Kejadian sebegini tidak asing lagi di negara kita dan seberang. Diharapkan pelaku yang tertangkap diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Bukan apa, takut pula ada yang tidak dapat kawal perasaan dan mencederakan. Dah jadi kes lain pula. Bn

Pencuri Tabung Masjid Dikafankan AJK Masjid (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker