Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan

Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan

Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan

 

Pengerusi Barisan Nasional yang juga merupakan Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi dedahkan ada cubaan pihak tertentu untuk menghasut Barisan Nasional supaya meninggalkan Kerajaan Perpaduan.

Malah Barisan Nasional juga ditawarkan jawatan perdana menteri sekiranya bersetuju meninggalkan Kerajaan Perpaduan.



“Ada (pihak) yang tawar, kononnya mahu menggantikan kerajaan sedia ada.”

“Dan mahu (mencadangkan) kita (BN) sebagai perdana menteri.”

“Saya cakap kepada mereka (yang pujuk), jangan buang masa.”

“Marilah kita perkukuh kerajaan perpaduan (sedia) ada.”



“Saya tidak akan mengkhianati kawan, itu pegangan saya walaupun ramai mengkhianati saya.”

“Dalam politik, jangan jangan pijak kepala orang.”

“Jika kita pijak orang lain, ingat satu hari nanti apabila kita berada di atas, orang lain akan pijak kita.”

“Minggu lepas, ada ahli parlimen mereka (pembangkang) datang berjumpa saya.”



“Mereka kata, marilah kita bersama bentuk kerajaan baharu bawah panji kerajaan perpaduan.”

“Kami mahu masuk semula (dalam kerajaan), berilah kami empat menteri (kata mereka),” dedah DS Zahid ketika merasmikan Konvensyen BN Wilayah Persekutuan 2024 WTC.

Walau pun DS Zahid tidak mendedahkan pihak tersebut, namun tidak sukar untuk kita ketahui ianya pasti dari pihak pembangkang.

Perikatan Nasional yang diterajui oleh PPBM dan PAS sememangnya dikenali sebagai parti tebuk atap.



Mereka akan menggunakan pelbagai cara dengan pelbagai janji manis demi untuk merealisasikan angan-angan politik mereka.

Matlamat mereka hanyalah untuk mendapat kuasa yang boleh mereka gunakan nanti untuk menyelamatkan pemimpin mereka dari didakwa di mahkamah.

Namun Barisan Nasional, terutamanya UMNO mempunyai sejarah dan pengalaman peribadi dikhianati oleh PPBM dan PAS.

Selagi DS Zahid kekal menerajui Barisan Nasional dan UMNO, adalah mustahil bagi Perikatan Nasional menarik keluar Barisan Nasional dari Kerajaan Perpaduan.



Tidak hairanlah mengapa DS Zahid sering menjadi sasaran serangan pemimpin Perikatan Nasional.

Dengan pendedahan DS Zahid, ianya menjadi bukti jelas, Perikatan Nasional hanya mementingkan kuasa dan bukannya membela rakyat sebagaimana yang mereka sering laungkan.

 

Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker