Kenapa kau lari Sophia, tanya Bella

Kenapa kau lari Sophia, tanya Bella

Pelakon dan penyanyi sensasi, Bella Astillah membuat kejutan apabila memuat naik tangkap layar perbualannya bersama individu dipercayai Sophia Albarakbah yang didakwa menjadi orang ketiga yang cuba mengganggu rumah tangganya dalam Instagram (IG), sebentar tadi.

Antara isi kandung perbualan dimuat naik dalam entri termasuklah Sophia memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan susulan dakwaan cubaan mengganggu suami Bella, Aliff Aziz.



Dalam masa sama, pelakon filem Miimaland itu turut merayu agar perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan orang tuanya.

“Tolong jangan buat begitu, jangan beritahu keluarga saya.

“Ibu bapa saya sudah tua, bapa ada penyakit jantung,” tulis Sophia seperti yang dipetik menerusi tangkap layar dimuat naik Bella.

Dalam perkembangan sama, Bella turut mempersoalkan ketidakhadiran Sophia pada majlis pelancaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang menggandingkannya dengan Aliff di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, petang ini.



“Kenapa tadi lari? Kenapa tak datang sidang media?

“Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak. Tapi saya orang yang paling takut nak cakap benda yang tak betul.

“Kenapa saya berani bagi kenyataan sebab ia sahih,” katanya.

Dalam pada itu, Bella berkata, dia tidak bercadang memberikan sebarang kenyataan lanjut, namun status yang didakwa ditulis Sophia mengundang rasa kurang kepada dirinya.



“Saya tiada perancangan nak bagi apa-apa kenyataan, tetapi melihat Sophia beri kenyataan konon tak nak terbabit satu Malaysia.

“Tapi, inilah sebabnya tak nak membabitkan satu Malaysia,” katanya.

Bella berkata, apa yang dikongsikan itu baru sedikit.

“Ini baru 10 peratus,” tulisnya lagi.



Terdahulu, Aliff mengesahkan wanita yang didakwa cuba mengganggu rumah tangganya dengan Bella adalah Sophia.

Dalam masa sama, Aliff turut meminta pelakon itu untuk mengeluarkan kenyataan demi menjernihkan konflik yang berlaku.

Kontroversi tercetus selepas Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka. BH

Kenapa kau lari Sophia, tanya Bella



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ



Promosi Hotel ‘Kongkek’, Wanita Ini Dikecam Netizen

Bukan semua pengguna media sosial naik angin Khairi dipecat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker