Tiada pelanggaran peraturan – Ahmad Maslan

Tiada pelanggaran peraturan – Ahmad Maslan

UMNO sekali lagi menegaskan tiada pelanggaran perlembagaannya atau Peraturan Mesyuarat ketika Perhimpunan Agung 2022, baru-baru ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata prosedur mesyuarat berlangsung dengan tertib dan hampir 90 peratus perwakilan bersetuju dengan usul tiada pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden.

Katanya, usul berkenaan bukan sesuatu yang baru kerana sudah beberapa kali dilakukan di bawah pentadbiran presiden lain sebelum ini.

“Semua berjalan dengan teratur. Sekitar 90 peratus perwakilan setuju dengan usul tiada pertandingan presiden dan timbalan.

“Sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur UMNO, jawatan itu tidak dipertanding,” katanya di laman sosial hari ini.

UMNO Selasa lalu memberi penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan yang diluluskan pada perhimpunan agung UMNO untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti akan datang.

Ahmad bersama tiga individu lain menemui Ketua Pengarah RoS, Mohd Nawardi Saad di di Putrajaya pada jam 11.30 pagi dengan membawa dokumen yang disediakan peguam.

Beliau berkata, pertemuan itu dibuat susulan tindakan dua ahli UMNO pada 20 Januari lalu menghantar aduan kepada RoS, agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa perhimpunan agung berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti akan datang.

Ahmad berkata, UMNO menyerahkan dokumen tambahan kepada RoS semalam untuk diteliti lanjut dan berharap RoS dapat memberi jawapan atau keputusan berhubung isu berkenaan secepat mungkin.

Media, sebelum ini melaporkan aduan berhubung dua jawatan yang tidak dipertanding itu dikemuka oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom, yang berharap RoS dapat menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada perhimpunan agung.

Majoriti perwakilan yang hadir pada perhimpunan itu menyatakan sokongan terhadap usul tambahan dicadangkan wakil UMNO Negeri Sembilan, Mohd Shukri Shamsudin agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding dalam pemilihan UMNO akan datang. BH

Tiada pelanggaran peraturan – Ahmad Maslan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali

Zalim kalau tak hargainya – Shuib

Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker